Isi Hati Seorang Gadis Biasa

Jumaat, 18 Mei 2012

Buntu!

Dilema merupakan satu perasaan dimana kita ragu-ragu dengan keputusan yang bakal kita lakukan. Kita ragu-ragu dengan kesan dan risiko yang bakal terjadi andai kita memilih keputusan tersebut. Kita juga ragu-ragu samada keputusan yang kita lakukan itu benar atau hanya bersifat sementara. Percayalah, setiap apa yang kita lakukan ada kesan dan akibat yang bakal kita terima. Hanya masa yang mampu melenyapkan semua itu.

Kini saya berada didalam keadaan itu. Saya dilema untuk melepaskan satu-satunya barang yang membawa si dia kembali kepada saya. Apabila saya pegang barang tersebut, saya rasakan si dia bersama saya semula. Saya rasakan si dia hanya tidur. Si dia masih berada bersama saya ketika susah dan senang. Si dia masih mampu menasihati saya, menegur kesilapan saya. Si dia masih ada untuk memberi saya kejutan-kejutan yang tidak pernah saya jangkakan. 

Saya tahu saya patut melupakan si dia kerana sudah hampir bertahun ia berlalu. Tapi mungkin kalian berkata begitu kerana kalian tidak berada ditempat saya. Demi Allah, saya cuba kuatkan hati saya tapi saya tidak mampu. Seperti tiada yang mengerti perasaan yang saya hadapi. Pasti kalian sudah mula muak apabila saya sering update blog ini bercerita perihal si dia yang sebenarnya sudah tidak lagi wujud dalam hidup saya. Tetapi inilah apa yang saya rasakan ketika ini. Saya tiada lagi tempat untuk mengadu sama seperti kalian. Ibu bapa saya? Saya tidak mahu lagi membebankan fikiran mereka. Cukuplah selama hampir 20 tahun ini saya begitu memeningkan fikiran mereka. 

Saya dilema kini untuk melepaskan atau tidak kenangan terakhir ini. Harapan saya adalah untuk belajar melupakan si dia namun bagaimana jika saya rindukan si dia nanti? Apa lagi yang mahu saya lihat untuk melepaskan rindu saya pada si dia? Hidup kita tidak selalunya gembira. Tak selalunya mereka yang ada sekarang akan berada dibelakang kita apabila susah kelak. Saya buntu! Saya tidak mahu melepaskan ia kerana terpaksa. Oleh itu, saya mahu merelakan ia pergi. Tapi benarkah apa yang saya lakukan ini?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan