Isi Hati Seorang Gadis Biasa

Isnin, 12 Mac 2012

9 Bulan

09/03/2012

11.45 malam.

Hari ini, perkara yang sama yang berlaku 9 bulan yang lepas kembali semula. Setiap satu jam saya akan terjaga dari lena. Mungkin juga kerana badan sudah terlalu lemah dan suhu badan mula meningkat. Kebelakangan ini, bebanan kerja terlalu banyak dan saya juga kurang rehat dan tidur. Makan minum mula tidak terurus.

Sejak kebelakangan ini juga ada sahaja yang mengembalikan memori pahit yang saya ingin lupakan. Namun apakan daya. Bukan saya seorang sahaja yang berada didunia ini. Ada insan lain juga yang turut sama di pentas kehidupan saya.

Kawan A : “ Eh, kenapa kurus sangat ni? Tak cukup makan ke?”

Kawan B : “ Semester lepas awak senyap je kan? Tak banyak cakap macam semester satu. Sekarang nampak perubahan sikit.”

Kawan C : “ Senyap je handphone awak kan? Tak bosan ke?”

Kawan D : “ Dulu selalu awak ‘bergayut’ kan? Sampai cemburu kami dengan awak. Tapi sekarang awak banyak duduk dalam bilik je. Kenapa ya?”

Kawan E : “ Kenapa banyak diam sekarang? Dulu awak suka buat bising dalam kelas.”

Semua penyataan-penyataan itu saya balas dengan senyuman. Mungkin mereka semua tidak sedar atau mereka lupa apa yang terjadi pada saya sejak 9 bulan yang lepas. Apa yang saya mampu lakukan? 9 bulan sudah saya seperti ini.

Tapi mungkin kalian tidak menyedari bahawa 3 bulan pertama saya berada di rumah bersama keluarga. Kalian tidak dapat melihat penderitaan saya ketika itu. Penderitaan dan seksaan 3 bulan sebelumnya tidak saya bawa untuk masuk ke semester baru. Saya masih mampu untuk tersenyum didepan kalian tapi hakikatnya senyuman itu hanyalah senyuman kosong. Setelah berlalu 6 bulan saya bersama kalian, barulah kalian sedar bahawa perubahan diri saya mendadak.

Kawan A : “ Kelakar juga awak orangnya kan? Dulu diam je. Tak nak bergaul dengan kami.”

Kawan B : “ Eh, ini memang perangai dia dari dulu lah. Suka buat orang ketawa, suka buat bising dalam kelas.”

Kawan A : “ Habis tu kenapa awak selalu duduk dalam bilik eh? 6 bulan kita bersama, tak pernah awak macam ni.”

Hari ini, saya tersedar sesuatu. Saya mengambil masa 9 bulan untuk berubah. 9 bulan untuk saya kembali seperti dulu. 9 bulan untuk saya menjadi Maya yang dulu. 9 bulan ini jugalah saya cuba menerima hakikat hidup yang sebenar.

Alhamdulillah…. Ada juga yang perasan perubahan dalam diri saya. Itu bermakna mereka memerhatikan saya dan mereka mengambil tahu tentang saya. Terima kasih, kawan-kawan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan