Isi Hati Seorang Gadis Biasa

Selasa, 21 Februari 2012

9 bulan

Air mata!
Air mata yang selalu jadi penghalang untuk saya menulis.
Hanya dengan sepotong ayat telah mampu mencurahkan beribu-ribu airmata.
Benar kata orang, sekeping gambar mampu menceritakan 1001 makna.
Namun berlainan bagi saya. Hanya dengan sepotong ayat!
Kadang kala mendengar sahaja mampu meluluhkan hati ini.
" Sayang...." Hanya dengan perkataan itu mampu membawa sejuta kenangan bersamanya.
Apatah lagi perkataan-perkataan lain.

Namun mimpi malam tadi menguatkan lagi semangatku untuk terus menulis.
Mimpi yang saya rasakan seperti dia ada disisiku.
Tak mahu rasanya bangun dan mahu terus bermimpi.
Namun dalam mimpi itu, saya masih lagi mempunyai harapan.
Si dia dan saya keluar bersama teman-teman.
Dalam keriangan itu, tiba-tiba angin kencang dan ribut melanda.
Saya kehilangan si dia dalam keriuhan demi menyelamatkan diri itu.
Teman-teman membawaku keluar dari tempat yang berbahaya itu.
Puas saya ke hulu hilir mencari si dia.
Perasaan yang sama seperti mendengar berita kematian si dia menyelinap didalam hati.
Diri ini menangis semahu-mahunya.
Tidak lama selepas itu, si dia muncul didepan mata.
Terasa mahu jatuh jantung ini apabila mengetahui yang si dia dalam keadaan baik.

Namun apabila mata ini terbuka ke alam realiti,
Si dia sebenarnya telah pergi.
Pergi meninggalkan diri ini selama-lamanya.
Antara sedar dengan tidak, sudah 9 bulan.
9 bulan yang lalu, si dia mengatakan bahawa,
" Saya mohon. Biarlah saya pergi dulu sebelum awak. Saya tak sanggup lihat orang yang saya cinta dan sayangi dikafan dan dikebumikan didepan mata saya. Demi Allah, cinta ini selamanya milik awak."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan