Isi Hati Seorang Gadis Biasa

Ahad, 15 Januari 2012

Mari Bercinta.

Sebelum memulakannya, saya memetik kata-kata Donald John Trump, “ Bagi meraih kejayaan yang lebih bermakna, kita hanya mempunyai dua pilihan sahaja. Pertama, lakukan perkara yang kita cintai dan cintai perkara yang kita lakukan.”

LAKUKAN APA YANG KITA CINTAI

Lakukan dengan sepenuh hati kita dan jangan dipaksa jika tidak suka. Mungkin ramai diantara pelajar sekarang yang terpaksa mengikut kata ibu bapa mereka dalam membuat keputusan untuk melanjutkan pengajian mereka. Sedarlah sebelum terlambat, sayang. Inilah perlunya bilik kaunseling di sekolah kita dulu. Kita perlu menilai kecenderungan kita terhadap apa. Apa yang kita suka lakukan dan apa yang kita boleh lakukan. Secara tidak langsung ia akan memudahkan urusan kita kelak. Jangan dipaksa hati yang tidak suka. Hanya perlu melakukan apa yang kita cintai. Ini kerana dengan melakukan perkara yang kita cintai, kita akan lebih bersemangat, lebih berusaha, lebih berkeyakinan dan bersedia melakukan sebaik mungkin. Demikian juga sebaliknya.

Bukanlah untuk mengajar supaya kalian tentang dengan arahan orang tua. Namun cuba buat mereka faham kecintaan anda itu. Ibu bapa mana yang sanggup melihat anak-anak mereka di ambang kehancuran? Kasih sayang mereka pasti melebihi keinginan mereka untuk melihat kalian menjadi seperti yang mereka inginkan. Biar harapan mereka hancur sekarang. Jangan harapan mereka hancur selepas berhempas pulas memerah keringat menghantar kalian ke universiti terkemuka hanya untuk menjadi apa yang mereka inginkan. Jangan bazirkan masa kalian. Wang dan masa adalah segala-galanya sekarang. Jika ada yang mengatakan wang bukanlah segala-galanya, namun sekarang segala-galanya memerlukan wang. Hakikatnya, biarkan kita hidup dalam kesederhanaan. Cukuplah sekadar dapat membantu ibu bapa dan adik-adik yang lain. Itu sahaja! Tidak perlu menjadi seperti Donald Trump.

Bagi mereka yang sudah pun terjebak dengan kemahuan ibu bapa mereka namun bukanlah kecintaan mereka, masih ada jalan untuk kalian. Jawapannya adalah dengan mencintai apa yang sedang kalian lakukan. Semuanya ada hikmah disebaliknya. Mungkin kemahuan ibu bapa kalian ini adalah setelah dinilai buruk dan baiknya. Mungkin juga ia adalah bakat terpendam kalian yang hanya ibu bapa kalian sahaja yang menyedarinya. Mana mungkin mereka tidak sedar setelah membesarkan kalian lebih seabad. Jika masih tidak mampu untuk melakukannya, SUDAH! BERHENTI SEKARANG! Buat apa lagi menghabiskan wang dan masa dengan kegagalan demi kegagalan anda. Ini bermakna kecintaan anda lebih tinggi dari kebolehan anda. Pulanglah dan beritahu mereka apa yang anda inginkan. Jika tidak sekarang, bila lagi? Satu hari nanti, anda pasti akan menyesali apa yang anda lakukan sekarang. Hanya dengan sedikit keberanian, anda pasti mampu mengubah segalanya. Mungkin anda akan lebih berjaya dengan kecintaan anda itu. Biarlah mereka mencaci dan menghina sekarang. Supaya kelak mereka boleh berbangga dengan anda. Usah dinilai apa jiran mahupun saudara anda katakana. Mereka akan bergosip hanya untuk 2 hari dan lupakan isu ini. Namun anda yang akan menanggung kejayaannya kelak. Sedarlah sekarang, sayang. Beranikan dirimu untuk berdiri atas kaki sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan