Isi Hati Seorang Gadis Biasa

Isnin, 26 Disember 2011

Warna Merah dan HItam

Malam-malam yang sunyi begini, saya pasti semua pasti akan terbuai dengan kenangan mereka sendiri. Begitu juga dengan saya. Saya hampir menitiskan air mata tatkala mengenangkan teman-teman yang berada disekililing saya. Terlalu jauh perbezaannya bila masing-masing sudah membawa haluan mereka sendiri. Disaat saya memerlukan mereka semua sebagai pendorong semangat, mereka malah menjauhkan diri. Hati mula terusik apabila sekeping demi sekeping gambar yang menyimpan 1001 makna disebaliknya terimbas kembali. Mungkin sudah masanya saya mementingkan diri saya sendiri. Penat sudah menjaga perasaan orang lain.

Agak lama saya menyepikan diri dari teman-teman. Saya begitu berkecil hati apabila mereka mengungkit kisah-kisah lampau. Sudah berulang kali saya katakan, saya begitu terkesan dengan kehilangan si dia. Mengapa mesti dibangkitkan hal jodoh hanya kerana melihat cincin dijari manis? Salahkah saya setia? Berdosakah saya terus menyintai si dia? Mungkin kalian tidak memahami perasaan yang saya alami sekarang. Walaupun sudah lebih 6 bulan berlalu. Saya mengaku ada lelaki lain yang cuba rapat dengan saya namun saya masih belum bersedia. Saya menolak lelaki itu dengan baik. Saya tak mahu malukan dia sekeluarga. Walaupun ini pinangan yang kedua, namun saya yakin dengan keputusan saya. Saya masih belum bersedia untuk menanggalkan cincin ini untuk menyarungkan cincin yang lain.

Kehidupan saya penuh dengan warna warni. Si dia mewarnainya dengan warna merah dan si dia juga yang mencalitkan warna hitam ke atasnya. Kisah hidup saya ini bukanlah untuk meminta simpati sesiapa namun lebih kepada penjelasan dan luahan hati saya yang paling dalam. Saya tolak ke tepi apa mereka mahu kata. Saya tepis semua tohmahan-tohmahan yang boleh menjatuhkan saya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan