Isi Hati Seorang Gadis Biasa

Sabtu, 1 Oktober 2011

Seperti Novela

Buat pertama kalinya saya menaiki bas bersendirian dari Kuantan ke Temerloh yang mengambil masa kira-kira 2 jam. Hati melonjak-lonjak menanti pemandu bas menurunkan gear satu untuk memulakan perjalanan. Apabila sudah balik bersendirian, hati juga terpaut oleh rasa bimbang. Dalam fikiran ini hanya mahu cepat sampai ke kampung halaman kerana bosan tiada teman untuk berbual. Siapalah yang tahu siapa yang bakal duduk bersebelahan tempat duduk kita kan? Tapi dari kebanyakkan pandangan yang saya dengar, rata-rata berharap akan ada seorang lelaki kacak yang berada disebelah anda, menemani anda sehingga ke destinasinya. Mungkin itu semua terjadi hanya dalam novel atau drama. Tetapi itulah yang terjadi terhadap saya pada malam tersebut!

Saya menaiki bas yang bertolak jam 8 malam. Tempat duduk pula yang bernombor 22. Sampai sahaja dihadapan tempat duduk berkenaan, saya terlanggar beg seorang lelaki.
P : Tempat duduk awak ke?
L : Ya! Tempat duduk nombor 21.
Dengan rambut afro dan gitarnya itu membuatkan ramai gadis memandangnya dengan senyuman. Apabila gadis memandangnya dengan senyuman, sudah pastilah dia seorang yang kacak. Dalam hati saya hanya mahu cepat melihat papan tanda yang menunjukkan " SELAMAT DATANG ke TEMERLOH".

Kami tidak berbual sedikit pun selepas itu kerana saya mengalami sakit kepala yang teramat sangat. Saya terus melelapkan mata tanpa sedar apa yang berlaku disekeliling. Dan sampai sahaja di Maran, saya tersedar kerana bunyi deringan telefon milik saya. Namun ketika itu saya rasakan bahu saya menjadi berat. Apabila saya menoleh, rupanya lelaki disebelah saya itu tertidur diatas bahu saya. Puas saya cuba mengalihkan namun apalah daya saya.

Dipendekkan cerita, si kacak itu memohon maaf kerana TERsandar pada bahu saya sepanjang perjalanan. Kami sempat berkenalan dan benarlah kata orang, kecilnya dunia ini. Si kacak tadi adalah teman baik kepada teman lelaki salah seorang rakan serumah saya. Saya turut mengenali siapa teman baik si kacak tadi. Dikesempatan itu, saya juga menjemputnya ke hari bersejarah keluarga kami yang akan berlansung Ahad ini. Sekarang saya hanya menunggu adakah dia akan datang ke hari bersejarah itu nanti. Namun jika boleh, biarlah si dia tidak hadir kerana saya tidak mahu jiran-jiran melihat saya melayani seorang lelaki dengan mesra walaupun dia hanya tetamu. Manakan tidaknya, saya hanya mampu menutup mulut tempayan namun mulut orang? Siapa pula yang mampu menutupnya dari mengata?

Bila difikir-fikirkan kembali apa yang terjadi, saya rasakan seperti berada didalam dunia novela. Dimana kami tertidur diatas bahu, berkenalan dan bertemu buat kali kedua. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan