Isi Hati Seorang Gadis Biasa

Sabtu, 1 Oktober 2011

Ular tetap Ular!

Jiwa ini teruji sekali lagi. Setelah sekian lama ia tidak tersentuh oleh sesuatu pun. Kali ini terasa begitu menyakitkan. Walau sebaik mana pun dia melayani saya, namun itu belum cukup membuka hati saya ini. Saya bukanlah seorang pendendam namun apabila sudah sekali saya terkena, saya akan pastikan saya tak akan terkena buat kali kedua. Mungkin kerana saya belum begitu kebal untuk melalui semua ini. Namun apa yang boleh saya lakukan adalah menjauhkan diri. Ramai sekeliling saya bersuara,
" Cuba untuk percayakan orang!"
Saya dah cuba! Penat! Lelah! Mereka tetap sama. Jawapan yang keluar hanyalah,
"Biarlah masa yang menentukannya."
Pada saya, walau berapa banyak kali pun ular itu bersalin kulit, ia tetap ULAR!

Maaf, saya belum sampai ke tahap membenci 'seseorang' tetapi saya hanya letih untuk terus menerimanya lagi. Cuma satu pesanan saya, jangan sampai saya membenci. Kerana apabila saya sudah benci, kamu mati didepan mata saya pun, tak akan pernah saya pandang.

Mungkin dalam kotak fikiran kalian akan terus terlintas bahawa saya seorang yang kejam. Namun itulah saya. Saya tidak banyak bercakap, saya hanya mendengar namun bila kesabaran saya tercabar, mereka akan tahu siapa saya disebaliknya. Tanyalah pada kawan-kawan sekeliling saya, siapa musuh saya? Siapa yang tidak saya pedulikan? Jika ada sekalipun, mereka adalah yang telah lama saya pendamkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan