Isi Hati Seorang Gadis Biasa

Isnin, 3 Oktober 2011

Sajak Hidup

Hidup ini memang sukar untuk dimengertikan.
Kita diberikan dua pilihan.
Kedua-duanya ada kebaikan dan keburukannya tersendiri.
Kadang kala kita tersalah memilih jalan.
Namun itu bukanlah penghalang kejayaan.

Hidup ini memang penuh dengan suka duka.
Setiap perbuatan kita akan diperhatikan.
Apalah maknanya hidup jika tidak pernah merasai duka.
Dan bagaimana untuk kita kecap kebahagiaan bila kita belum merasa kesakitan.

Hidup diibaratkan dengan segala macam bahan.
Ada yang berkata hidup ini ibarat roda.
Kejap di atas kejap dibawah.
Walau apa pun yang diibaratkan, ia tetap sama.

Hidup ini juga perlu rasakan perpisahan.
Tidak semua akan mudah untuk merelakan perpisahan.
Segalanya memerlukan masa.
Masalah pengubat segala bentuk penyakit.

UntukMu Ya Rabhi,
Aku serahkan segala urusan didunia ini kepadaMu.
Janganlah Kau palingkan setelah Kau berikan hidayah.
Sesungguhnya, Kau lah yang mengetahui setiap sesuatu yang aku tidak ketahui.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan