Isi Hati Seorang Gadis Biasa

Sabtu, 6 Ogos 2011

Suatu Ketika

Agak terlewat bangun tidur hari ni. Mungkin kerana terlalu letih semalam menelaah pelajaran dan 'bergosip'. Maaf, kawan. Saya tak dapat membantu mengemas rumah pagi tadi. Semua 'housemate' balik kampung halaman masing-masing. Seronoknya dapat berbuka puasa dan sahur dengan keluarga tercinta kan? Keluarga saya pula tiada dirumah sebab pergi berbuka puasa di rumah mak cik saya. Jadi, mereka tak boleh tunggu saya balik. Seperti tahun-tahun sebelumnya, kami satu keluarga BESSAAAARRRR punya akan berkumpul dan berbuka puasa bersama. Hari sabtu rumah mak cik, hari ahad rumah pak cik. Weekend seterusnya ke rumah mak cik yang lain pula. Begitulah putarannya sehingga kami berkumpul di kampung Kuala Pilah pada Hari Kemenangan. Tapi saya hanya berada jauh dari mereka buat pertama kalinya.

Berbalik pada cerita saya pada kali ini, saya mungkin terlewat bangun kerana asyik terjaga setiap 1 jam. Entah apa yang tak kena pun saya tak tahu. Bangun je tidur terasa macam nak menangis sebab teringat si dia. Segala kenangan terus terimbas balik bila baca semula mesej-mesej si dia dulu.

Situasi 1

Si Dia : Sayang, awak nak tahu sesuatu tak?
Saya : Apa dia?
Si Dia : I love you...

Situasi 2

Si Dia : Sayang, saya ada hal nak cakap ni tapi awak janji awak akan diam sepanjang saya cakap. Sampailah saya cakap dah habis. Awak tak boleh potong sikit pun.
Saya : Apa yang penting sangat tu? Cepatlah cakap..
Si Dia : Ya Allah, terima kasih kerana telah menemukan kami disini. Tiada yang lebih berharga dalam hidup ini selain dapat melindungi dia sehingga mata ini tertutup rapat.
Sesungguhnya dialah wanita yang telah berjaya mengubah prinsip hidup ini.
Ya Allah, jika dia adalah tulang rusukku, Kau permudahkanlah urusan kami. Kau panjangkanlah jodoh kami bersama dengan restuMu.
Ya Allah, satukanlah hatiku dengan hatinya supaya kami saling melengkapi.
Tetapkanlah hatiku kepadanya supaya aku tidak terlintas untuk menyakitinya.
Ya Allah, tak terucap dengan kata-kata betapa aku mencintainya,
betapa aku menghormatinya,
betapa aku mengasihinya.
Sesungguhnya Kau Maha Pengasih Lagi Maha Mendengar,
Kau makbulkan lah doaku ini.
Kau panjangkanlah jodoh kami berdua.
Namun sekiranya dia bukan jodohku,
Kau hapuskanlah aku dari ingatannya supaya diri ini tidak menjadi ingauannya.
Temukanlah dia dengan insan yang lebih baik dan mampu menjaganya lebih baik dari aku.
Amin Ya Rabbal Allamin...
dah! Awak dah boleh cakap sekarang.
Saya : ( Diam dan hanya mampu menahan sebak)
Si Dia : Sayang, jangan menangis sekarang. Simpan air mata tu untuk hari kebahagian nanti.
Saya : Terima kasih, sayang. Awak tahu saya pun sayangkan awak.


Satu kenangan yang tak mampu saya lupuskan dari ingatan ini. Terlalu istimewa si dia dalam hidup ini. Mungkin saya tak akan berjumpa lagi dengan insan seperti dia. Yang terlalu memahami diri ini, yang terlalu menghargai diri ini dan dialah yang tahu segalanya tentang saya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan