Isi Hati Seorang Gadis Biasa

Rabu, 10 Ogos 2011

KOLOT atau SKEMA?

Bismillahirrahmannirrahim...
Ramai yang tanya saya kenapa guna bahasa baku dalam penulisan blog saya ni? Kenapa anda rasa? Sebab saya kolot? Sebab saya skema? Jawapan anda adalah pandangan peribadi anda terhadap saya. Saya terima semua pandangan anda.

Hari ni saya akan jawab mengapa saya menggunakan bahasa baku.
PERTAMA : Saya rasa Bahasa Melayu itu indah. Ada perumpamaan, ada peribahasa. Macam tu juga dengan Bahasa Inggeris yang 'mereka' banggakan. Saya tegaskan disini, saya bukan anti Bahasa Inggeris. Cuma saya menganggapnya sebagai bahasa perantara. Mungkin ramai yang akan cakap kenapa mesti mahirkan bahasa yang sudah memang kita fasih? Kenapa tak mahirkan bahasa yang kita tak fasih? Persoalannya, adakah kita benar-benar fasih bahasa ibunda kita?

KEDUA : Kerana saya adalah pencinta bahasa. Nenek saya seorang guru Bahasa Malaysia. Beliau mengajar di sekolah Tamil. Hasilnya ramai kaum India yang fasih berbahasa Melayu sekarang. Jika tiada mereka, bagaimana akan kita aman hidup dibumi Malaysia?

KETIGA : Kerana ayah saya juga seorang penulis. Bakat semulajadi beliau diwariskan kepada saya. Tidak semua orang memilikinya. Dan saya memanfaatkan kelebihan yang saya ada. Ada diantara pembaca yang menangis dengan entri saya. Pada pandangan anda, jika saya menggunakan bahasa "SMS" anda, adakah hati mereka akan tersentuh sama seperti yang saya lakukan sekarang?

Ada beberapa sebab lagi yang mendorong saya melakukan seperti ini. Namun cukuplah setakat ini. Jika ada nafas, InsyaAllah saya akan menyambungnya lagi. Seperti pada kata pengatas blog saya ini,
" ALAM MAYA ADALAH NYAWA SAYA. ALAM MAYA ADALAH CINTA SAYA. TIADA YANG LEBIH BERHARGA DARI KATA-KATA YANG KELUAR DISINI KERANA IA LAHIR DARI HATI YANG IKHLAS MENCINTAI BAHASA"

Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan