Isi Hati Seorang Gadis Biasa

Isnin, 1 Ogos 2011

Puasa Pertama

Alhamdulillah... Kita jumpa lagi dengan Ramadhan tahun ini. Syukur alhamdulillah... Tapi sayu sangat-sangat bila berjauhan dengan keluarga. Ini adalah Ramadhan pertama saya tanpa keluarga. Apa boleh buat? Ini merupakan pahit maung yang terpaksa kita hadapi untuk mencapai cita-cita. Semua orang pasti pernah mengalami situasi saya. Sedih, pilu, sayu. Semuanya bercampur.

Semalam telefon saya tak henti-henti mesej masuk. Biasalah... Orang nak ucap Selamat Berpuasa lah. Yang paling tak boleh diterima, kawan saya dari Kedah hantar pantun 3 kerat.
" Dua tiga kucing berlari,
Selamat berpuasa saya ucapkan,
Tapi jangan lupa beri duit raya nanti."
Memang tak dapat nak lupa. Banyak kenangan saya dengan kawan saya tu. Sekarang dia melanjutkan pelajaran di Kedah. Terpaksa kami berjauhan. Tapi sahabat tetap sahabat!

Lepas tu, waktu bangun sahur pulak. Adalah makhluk Allah ni hantar mesej yang buat saya tersentuh. " Sayang, bangun sahur." Astagfirullah al azim... Si dia je yang pernah hantar macam tu. Dia jugaklah yang panggil saya dengan panggilan 'sayang'. Tersentap sekejap bila dapat mesej tu. Rasa macam nak menangis masa tu jugak. Banyak kali saya mengucap.

Itu satu hal. Selepas kejadian subuh tu, satu kejadian lagi tercipta. cewaahhh..
Dalam masa sunyi-sunyi sambil tunggu pensyarah masuk kelas tu, saya baca lah balik mesej-mesej yang kawan-kawan hantar semalam. Terpandang pulak mesej pasal sahur tadi. Terus buka dan tak semena-mena saya tekan 'REPLY'. Dengan lajunya saya taip
" Syukran, sayang. Sebab tolong ingatkan saya bangun sahur."
Nasib baik sebelum hantar terpandang nombor telefon. Terkejut sangat bila nombor tu saya tak pernah tengok. Tuhan saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya sendiri terlupa bahawa bukan si dia yang hantar mesej tu. Mengucap panjang saya dibuatnya.

Macam-macam dah jadi pada Ramadhan pertama ni. Esok, lusa macam mana? Apa pula yang jadi? Entah lah... Semoga perkara macam ni tak berulang lagi. Mungkin semua ni jadi sebab saya terlalu rindukan dia. Orang kata bulan Ramadhan, roh dilepaskan. Pasti dia memerhatikan orang yang dia sayang kan? Harap-harap saya boleh rasa kehadiran dia pada Ramadhan yang mulia ini. Terlalu rindu dengan dia sehingga saya tak tersedar dengan segala kejadian yang menimpa kami.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan