Isi Hati Seorang Gadis Biasa

Rabu, 17 Ogos 2011

Realiti dan Mainan Tidur

Mungkin entri kali ni agak menjengkelkan. Tapi saya cuma mahu berkongsi apa yang saya alami. Mungkin ia suatu petanda atau mungkin hanya mainan tidur.

Satu malam saya bermimpi kawan dari kecil saya yang sedang melanjutkan pelajaran di Kelantan menangis tersedu-sedu di belakang rumah kami. Saya mendekatinya dan memeluknya erat. Tapi tiada satu huruf pun yang keluar dari mulut kami.Keesokkan harinya, saya berjumpa kakak beliau dan menceritakan tentang mimpi tersebut. Lebih memeranjatkan saya apabila kakak beliau mengatakan bahawa mimpi saya benar. Kawan saya itu menelefon keluarganya dan menangis menceritakan keadaannya disana.

Saya biarkan mimpi itu berlalu dengan begitu sahaja.

Pada malam yang berikutnya, saya bermimpi seorang teman lama saya datang berjumpa saya dan menghalau teman wanitanya. Teman saya itu lebih memilih saya daripada teman wanitanya itu. Beberapa hari kemudian, teman saya itu menelefon saya dan mengatakan bahawa dia dan teman wanitanya itu telah berpisah. saya terkejut kerana ia memang mirip mimpi saya beberapa hari lepas.

Sebenarnya bukan mimpi-mimpi ini sahaja yang pernah terjadi seperti ini dalam hidup saya. Ada banyak lagi tetapi saya hanya menganggapnya sebagai permainan dan tidak mahu mempercayainya kerana pernah suatu hari seorang teman baik saya mengatakan bahawa saya seorang yang GILA! Namun ada seorang mak cik tua beritahu saya bahawa saya mempunyai naluri yang kuat dan saya harus mempercayainya. Namun sejak kejadian perselisihan faham antara saya dengan teman baik saya itu, saya tidak mempercayainya lagi.

Dan sekarang, saya buntu! Saya perlu mempercayai mimpi atau tidak. Mimpi kejadian yang terjadi pada 'si dia' juga adalah kebenaran walaupun saya tidak berada ditempat kejadian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan