Isi Hati Seorang Gadis Biasa

Khamis, 11 Ogos 2011

Love Is Cinta

Setelah 14 hari umat Islam berpuasa, akhirnya saya diberi kesempatan untuk berbuka dan bersahur bersama keluarga walaupun agak terlambat. Lauk apa yang ibu masak, biarlah menjadi rahsia kami sekeluarga. Takut nanti menimbulkan riak pula. Namun saya bersyukur dengan rahmatNya. Mungkin ibu masak agak berlebihan kali ini tapi ia juga mungkin untuk meraikan kepulangan saya. Terima kasih, ibu.

Tapi jauh disudut hati ini tersimpan satu perasaan. Perasaan rindu yang teramat sangat pada 'si dia'. Saya harapkan dia datang dan memerhatikan saya. Macam yang selalu orang cakap, roh akan datang menziarahi mereka yang ditinggalkannya.

Kadang-kadang saya terfikir dan saya tahu ianya salah sebab berfikiran seperti tu. Saya mahukan apa yang terjadi pada Cinta dalam filem LOVE IS CINTA berlaku dalam hidup saya.
Bagi yang tak pernah tengok atau sudah lupa, mari sini saya ingatkan. Ceritanya bermula dengan persahabatan antara Cinta dan Ryan. Mereka menyimpan perasaan sesama sendiri tetapi masing-masing tak tahu cara untuk meluahkan. Sehinggalah pada satu hari Ryan menemui ajal dalam kemalangan jalanraya. Tetapi roh Ryan tidak tenang kerana ada perkara yang belum dia katakan kepada Cinta. Ryan menggunakan tubuh Doni yang mati bunuh diri untuk melunaskan hasratnya itu. Namun Cinta tidak dapat menerima kenyataan itu. Cinta menyangka bahawa Doni mempermainkannya. Namun Ryan hanya mempunyai waktu yang singkat untuk membuktikan kepada Cinta bahawa dia adalah Ryan yang sebenar dan dia mencintai Cinta.

Apa yang saya mahukan adalah kesempatan untuk saya bertemu 'si dia' walaupun sekejap. Kerana apa yang berlaku antara kami terlalu singkat. Walaupun dah bertahun. Saya nak beritahu dia yang saya sayangkan dia, saya rindukan dia dan saya perlukan dia.

Tiada ulasan: