Isi Hati Seorang Gadis Biasa

Khamis, 18 Ogos 2011

Kepercayaan ini bukan milik awak, sayang.

KEPERCAYAAN! Kepercayaan adalah sesuatu yang mahal pada saya. Saya tidak tahu apa pandangan anda terhadap kepercayaan tetapi ini pandangan SAYA!

Kepercayaan saya adalah hanya untuk mereka yang benar-benar saya kenali. Seperti keluarga kandung saya sendiri. Saudara mara? Mungkin saya akan fikir dua kali. Walaupun saya dari keturunan yang sama dengan mereka.

Saya akui saya sukar untuk mempercayai seseorang. Kerana saya rasa kepercayaan saya adalah perlindungan pada saya. Saya tidak mahu tertipu 'bodoh-bodoh' oleh mereka yang tak bertanggungjawab. Sekali seseorang itu menipu saya, mungkin sampai bila-bila saya tak dapat mempercayainya lagi.

Maaflah, sayang.
Saya tak dapat percaya awak lagi.
Saya hanya akan mengikut kata hati saya sahaja.
Dan kebenarannya telah pun terbukti sebelum awak sempat berbuat apa-apa.
Saya puas! Kerana kata hati saya selalunya tepat.
Dan sekarang awak cuba menawan saya kembali.
Tetapi saya tak terlalu bodoh untuk membiarkan diri saya terperangkap.
Awak boleh lakukannya kepada perempuan lain tetapi bukan pada saya.

Saya mohon maaf jika ada yang akan terasa dengan entri saya kali ini. Ini adalah luahan saya. Ini adalah blog saya dan ini cara saya menasihati. Saya tak akan pernah sekali marah pada kalian tetapi kebisuan saya adalah kemarahan saya.

Terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan