Isi Hati Seorang Gadis Biasa

Sabtu, 30 Julai 2011

Pasti ada pelangi disebalik hujan ini

Setiap perubahan yang berlaku dalam hidup kita, hanya mereka yang rapat saja yang menyedarinya. Perubahan yang berlaku dalam hidup saya pula, entah siapa yang menyedarinya. Keluarga jauh disana. Si dia? Si dia pasti menyedarinya. Tapi semua itu jika dia masih disini.
" Sabarlah, Maya. Pasti ada pelangi disebalik hujan ini."

Untuk memulakan hidup yang baru sememangnya sukar kerana setiap saat bayangan si dia muncul. Kawan-kawan banyak mengejutkan saya apabila terleka.
" Dia dah tak ada lagi. Ingat tu..."
Tapi apa yang boleh saya lakukan? Mulut ini bukan sengaja menyebut nama dia. Namun setiap kali itulah si dia menerima hadiah dari saya. Hanya sekalung fatihah yang mampu saya berikan. Terlalu kecil jika dibandingkan dengan pengorbanannya, keikhlasannya, keprihatinannya, kejujurannya, kasih sayangnya dan yang paling penting adalah cintanya pada saya selama ini.

Semoga apa yang selalu diperkatakan oleh semua orang akan menjadi kenyataan. Saya tahu semua ini bergantung kepada masa. Hanya masa yang mampu merubah segalanya. Saya juga percaya satu perkara, " Yang pergi akan diganti dengan yang lebih baik."

Ya Allah, tempatkanlah dia dikalangan hambaMu yang soleh. Tetapkan juga hati ini kepadanya selagi aku tidak berpaling dengan cintaMu. Amin...

2 ulasan: