Isi Hati Seorang Gadis Biasa

Isnin, 22 Ogos 2011

PENGHORMATAN !

Apabila seseorang bertanya apa yang paling saya mahukan dalam hidup,
saya hanya akan menjawab 2 perkara iaitu
KEJUJURAN dan PENGHORMATAN !
Namun kejujuran boleh didusta. Penghormatan? Tidak sama sekali !

Saya tidak meminta lebih, cukuplah mereka menghormati saya sebagai seorang manusia juga. Bukan barang yang boleh dihina dan dimaki sesukanya. Penghormatan itu zahir dari perilaku kita sendiri. Apa yang kita tonjolkan adalah siapa kita yang sebenarnya. Tetapi seperti yang saya katakan tadi, kejujuran boleh didusta. Kamu boleh mengatakan ya pada jawapan yang tidak. Tapi bolehkah kamu menghormati jika kamu membenci? Walaupun kamu Pemenang Pelakon Terbaik sekalipun, keikhlasan tetap tidak akan terpancar apabila kamu cuba menghormati seseorang yang kamu benci.

Jika kamu tidak boleh menghormati saya sekalipun, cukuplah kamu menghormati ibubapa saya yang banyak berjasa kepada saya selama ini. Kerana dimana saya berada sekarang adalah kerana mereka.

Dan perkara yang selalu saya ingatkan kepada teman-teman saya, jangan biarkan saya membenci kamu kerana sekali saya membenci, selama-lamanya kamu tetap dalam kategori itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan