Isi Hati Seorang Gadis Biasa

Sabtu, 23 Julai 2011

Selamat Hari Lahir, sayang.

Hari ini adalah antara hari yang sukar dalam hidup saya.
Hari ini merupakan hari lahir 'dia'.
Hari yang sepatutnya menjanjikan kebahagiaan pada kami.
Tapi kisah hidup dan mati ditangan Yang Maha Esa.

Segala kenangan manis kami bersama,
terbit secara tidak sengaja pada hari ini.
Kata-kata yang paling tak boleh saya lupakan adalah bila awak cakap,
" Kalau boleh biarlah saya pergi dulu sebelum awak. Sebab saya tak sanggup lihat orang yang saya sayang dikafankan, dikebumikan didepan mata saya."
" Saya sayangkan awak seperti helaan nafas saya. Jika terhenti nafas ini, maka terhentilah cinta ini."

Awak buat saya menangis untuk ke sekian kalinya.
Saat-saat sukar saya dengan keluarga kali ini tanpa awak disisi.
Segala impian kita musnah hanya dengan satu tragedi.

Sayang, Selamat Hari Lahir ke 22.
Semoga kita akan berjumpa diatas sana.
Biar saya setia dengan cinta ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan