Alhamdulillah... Semuanya telah berjalan dengan lancar. Namun jauh disudut hati ini, terasa berat meninggalkan adik-adik. Dan yang teristimewa. Tapi ini adalah tanggungjawab saya. Ini sahaja yang tinggal. Sudahlah tidak berharta, tiada rupa paras. Hanya ilmu sahaja yang mampu mengubah kehidupan kami sekeluarga. Ibu, Ayah, terima kasih atas segala-galanya. Kakak dah banyak menyusahkan ibu dan ayah. Macam-macam yang kakak nak beli untuk semesta baru ni. Tapi kakak janji pulangan yang bakal ibu dan ayah dapat nanti lebih dari ini.
SEtelah 2 minggu berada di Kuantan, terasa banyak kekosongan. Pergi bengkel, teringat dia. Masuk kamsis, teringat dia. Pergi maktab, teringat dia. Semuanya mengingatkan tentang dia. Tapi saya tak mahu kawan-kawan lihat semua tu.
Dah hampir 2 bulan tak jumpa kawan-kawan, mereka cakap saya makin KURUS!! Ini petanda baik atau buruk? Ada juga yang dah tahu keadaan sebenar, mereka cakap, " Kuat betul kau kan? Kalau hal tu jadi pada aku, mahu separuh gila dibuatnya." Saya hanya mampu tertawa. Mereka masih tak tahu yang sebenarnya. Ramai sungguh yang cakap macam tu. Sampai satu hari saya berseloroh, " Aku nak jadi macam Abby Abadi. Kan dia perempuan yang kuat?" Tapi ada juga yang membalas, " Abby tu berpisah tapi boleh lagi tengok muka kalau rindu. Kau ni?" Saya cuma mampu tersenyum mendengar kata-kata itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan