Tak lama lagi saya akan meninggalkan keluarga yang tercinta dan pulang melaksanakan tanggungjawab yang masih tertangguh. Oleh itu, saya buat persiapan terakhir. Entah kenapa sejak kebelakangan ini saya tertarik pada baju kurung. Semalam saya ke butik. Seorang diri. Tiada siapa lagi yang menemani. Tiba-tiba teringat Shah. Terasa rinduuu yang teramat sangat.
Setelah bayar baju kurung tadi, saya terpandang sehelai tudung merah jambu. Entah kenapa saya tertarik. Sedangkan ia hanyalah sehelai tudung yang biasa. Lama saya belek tudung tu. Sehinggalah ditegur seorang lelaki. Saya terus ke fitting room. Saya sendiri tak tahu apa yang saya fikirkan masa tu. Terpaku! Saya terpaku melihat wajah sendiri memakai tudung. Tiba-tiba je airmata ni jatuh. "Ya Allah, apa yang berlaku ni?" Itu je perkataan yang mampu keluar dari mulut ini ketika itu.
Saya sendiri tak tahu apa yang dah jadi ketika tu. Terasa seperti ada sesuatu yang masuk dalam hati ni. Tuhan je yang tahu bagaimana perasaan tu. Perasaan tu terbawa-bawa sampai ke rumah. Dekat rumah pulak, saya cuba hilangkan perasaan tu. Cuba tersenyum depan-depan kawan-kawan. Cuba ketawa depan keluarga. Sehinggalah waktu senja, saya terus ambil wuduk dan solat. Memandangkan hari semalam adalah malam jumaat, jadi saya membaca surah yassin untuk sedekahkan pada 'dia'.

Ya Allah, tak terkata tenangnya selepas itu. Sungguh!
Ya Allah, mungkin selama ini aku terleka dengan nikmatMu. Dan Engkau Yang Maha Pemurah memberiku hidayah walaupun sudah banyak dosa diri ini. Engkau berikan aku ketenangan yang aku cari selama ini setelah kehilangan insan tersayang. Aku mohon padaMu, jangan sesekali Kau tutup pintu hati ini lagi. Jika takdirMu mengatakan 'dia' harus meninggalkanku, aku redha kini jika inilah hikmah yang Engkau mahu turunkan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan