Isi Hati Seorang Gadis Biasa

Ahad, 12 Disember 2010

ya Allah, permudahkan jalan hidupku

ya Allah...semak nya blog saya. dah hampir 3bulan agaknya saya tak update blog ni. lama jugak aku tak sentuh lappy ni. huh! busy sungguh aku sekarang ni. baru sekarang aku tahu perasaan apabila berusia 18 tahun.

syukur alhamdulillah aku masih mampu bernafas sehingga ke saat ini. menjalani hari-hari yang penuh dugaan dan cabaran setelah menginjak usia emas ini. emas? mengapa aku katakan 18 tahun sebagai umur emas? sebab....
1. peringkat ini kita mengalami perubahan alam. maksud saya alam persekolahan dengan alam kolej
2. tak ramai yang menempuh usia 18 ni dengan jayanya. maksud saya mengharungi usia dengan perkara-perkara yang mendatang kebaikan kepada kita.atau lebih tepat lg faedah.
3. saya juga melihat ramai remaja yang terkandas ketika berada diusia puncak ini.

oleh itu, saya namakannya sebagai usia emas. dimana masyarakat mentafsirkan usia emas adalah lingkungan 50 tahun ke atas. sesiapa yang berjaya menginjak usia 50 ini, mungkin mereka telah lakukan yang terbaik ketika berusia 18.jadi, saya mahu mengabadikan usia 18 saya ini dengan perkara yang manis supaya saya dapat bercerita dengan penuh rasa bangga kepada anak cucu saya kelak.
( ketawa kecil ) tak dapat saya gambarkan bagaimana rupa saya waktu itu. bagaimana rupa anak-anak dan cucu-cucu saya nanti. apa mereka akan panggil saya nanti?

alhamdulillah...kini hidup saya lebih bermakna. berkat doa yang tak putus-putus, Allah masih disisi hambaNya yang hina ini. walau tidak terhitung dosa yang saya lakukan, Dia tetap dan masih membantu saya.syukur alhamdulillah...

saya kini sedang melanjutkan pelajaran di salah sebuah institusi pengajian tinggi dibawah kerajaan Malaysia.seperkara lagi, Allah sentiasa membantu saya ketika didalam dilemma. saya yang pernah mengalami dilemma untuk menerima tawaran melanjutkan pelajaran ini kerana faktor kewangan, kini saya sekeluarga mampu menarik nafas lega apabila ada 'rezeki' yang diberikan Yang Maha Esa untuk ayah membiayai kos saya nanti. namun itu bukan bererti saya boleh bersuka ria dengan rezeki yang diberikan.

melanjutkan pelajaran ditempat orang adalah sesuatu yang mencabar bagi saya. memandangkan saya jarang untuk ke 'tempat' itu, saya cuba juga untuk menyesuaikan diri disana. berbekalkan azam dan bayangan wajah ibu ayah disepanjang keberadaan saya disana, saya harus kuatkan semangat.

mereka yang pernah melalui perubahan zaman ini pasti akan faham apa yang saya akan gambarkan disini. kita terpaksa mengikat perut untuk membeli modul-modul pelajaran. diberatkan lagi apabila saya mengambil bidang kejuruteraan. pasti banyak alat yang digunakan dalam sesuatu mata pelajaran.

wang didalam bank hanya tinggal RM600.setelah mengeluarkan RM200 untuk membeli kasut, baju rasmi dan pelbagai keperluan lain, tinggallah RM400.alat kejuruteraan yang berkualiti RM300. yang paling murah ( kualiti kurang ) pun berharga RM150. hurrmmm...apa saya nak makan kalau saya beli? duit PTPTN lambat lagi masuk. modul matematik saja RM 22.belum modul yang lain.saya buat keputusan untuk membeli yang terpakai sahaja. seorang hamba Allah bermurah hati memberikan saya modul matematik tersebut dengan harga RM8. dapatlah saya berjimat..

sebelum ke kelas saya tidak bersarapan. jika makan pun hanya sekeping roti sahaja. pulang dari kelas jam 1 tengah hari. barulah jumpa dengan nasi. saya menghadkan perbelanjaan saya kepada makan tengah hari sekitar RM3. air? air kosong pun sudah memadai pada saya. selepas itu sambung kuliah sehingga jam 5 petang. malam saya akan sibukkan diri saya dengan 'assignment' supaya saya tidak lapar. kalau lapar sangat pun, saya akan masak air dan dicelup bersama biskut yang ibu bekalkan.

walaupun rezeki yang diberikan Allah itu lebih dari cukup untuk menanggung pembelajaran saya disana, tapi saya masih memikirkan adik-adik yang masih lagi bersekolah.untuk menelefon ibu dan ayah meminta wang, saya tidak pandai. sejak dari kecil saya tidak pandai meminta wang. jika diberi, saya akan ambil walaupun hanya 20 sen. dengan 20 sen itulah saya kumpul untuk membeli keperluan saya.tidak pernah sesekali saya meminta dari ibu dan ayah. itu bukan saya!

begitulah hari-hari saya sepanjang berada dirantau orang. saya mahu jadikan kesusahan saya ini sebagai sumber inspirasi untuk saya terus berjaya.semoga usaha dan pengorbanan saya ini akan dibalas dengan kejayaan yang mampu dibanggakan oleh ibu dan ayah saya.

ibu,
ayah,
terima kasih untuk segalanya...

1 ulasan: