Selamat sejahtera, Malaysia..
lama rasanya tinggalkan ALAMMAYA ni.tapi inilah nyawa saya.walaupun saya menuntut ilmu yang jauh berbeza dengan cita-cita saya. namun ALAMMAYA tetap menjadi pilihan utama. walaupun ia tanpa restu keluarga, namun saya berazam untuk membuat mereka bangga dengan hasilnya suatu hari nanti. untuk jadi wartawan? ayah memang dari dulu lagi melarangku. walaupun aku telah mendapat tawaran melanjutkan pelajaran dalam bidang kewartawanan. tapi percayalah ayah, inilah minat saya. dan saya tidak boleh menghalang dari terus menulis.
"sorry, ayah.kakak terpaksa buat semua ni."
sekian lama meninggalkan ALAMMAYA, banyak cerita yang ingin diluahkan.pertama tentang seseorang. insan yang saya sayangi, saya kagumi dan saya hormati selama ini. insan ini pernah menyatakan bahawa saya adalah salah seorang yang paling dia sayangi selepas keluarganya. namun sebelum dia menyayangi teman lelakinya sendiri. tapi hari ini, kami sudah 'jauh'. BILA SATU KESILAPAN DILAKUKAN, TERTUTUP SEMUA KEBAIKAN.
inilah yang terjadi antara kami. dia sudah jauh meninggalkan saya. saya dimaki dihamun tanpa mendengar penjelasan terlebih dahulu. sungguh saya kecewa dengan sikapnya. dulu, jika saya melakukan kesalahan, dia akan menasihati dengan cara yang paling halus tapi sekarang saya ditegur dengan caci maki dia sekeluarga. sumpah! saya rindu kamu yang dulu.
"kakak, terima kasih sebab berjaya buat saya tertekan dengan masalah kita.seminggu tiada senyuman dalam hidup saya, bermakna saya terlalu kecewa dengan apa yang terjadi."
mungkin selepas ini kita akan terus berdiam. diam dan mungkin tidak akan berjumpa pun. tapi itu bukan bereti silaturahim kita terputus. darah dalam badan ini tetap sama dengan kamu. saya tetap keluarga kamu. UNTUK MEMAAFKAN MEMANG SENANG UNTUKKU, TAPI UNTUK MELUPAKAN, MUNGKIN MENJADI PERKARA MUSTAHIL.
saya rela! saya redha! lakukanlah apa sahaja untuk memuaskan hati kamu. tulislah apa sahaja dalam FB kamu, caci maki lah saya dalam Twitter kamu.beritahulah 1 dunia bahawa saya yang bersalah.kalau itu yang akan membuatkan kamu "menang" dalam pertarungan ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan