kegembiraan mendapat pekerjaan tetap terpancar diwajah Amran.tidak dapat digambarkan dalam bentuk kata-kata. pemuda itu berazam untuk bekerja bersungguh-sungguh demi ibu dan ayahnya dikampung. walaupun bukan mereka yang menjaganya sejak dari kecil, namun Amran tidak mahu menjadi seperti kacang lupakan kulit. ibu yang mengandungkannya 9 bulan. mengusung ke sana ke mari. menahan sakit, bertarung nyawa melahirkannya. ayah yang mencari nafkah. bekerja sejak dari subuh hingga ke maghrib demi menyuap sesuap nasi ke dalam mulut anaknya itu. demi untuk memberi kehidupan yang sempurna kepada anaknya itu, Amran ditinggalkan kepada neneknya dikampung. sementara ibu bapanya mencari rezeki dirantau orang. namun kasih sayang Amran tetap sama.tidak pernah sedikitpun rasa marah mahupun dendam kerana ditinggalkan.
Amran menjadi pekerja contoh walaupun belum sampai sebulan dia berkhidmat disitu. dia bekerja siang dan malam. harapannya untuk membahagiakan kedua ibu bapanya. setiap yang dilakukannya, akan tergambar wajah ibu dan ayahnya yang menjadi perangsang untuknya lebih tekun bekerja.
" Mama, Am buat semua ni utk mama." itu ungkapan yang selalu disebut-sebut olehnya.
sebulan berlalu tanpa dia sedari. hatinya berdegup kencang apabila bos memanggilnya masuk ke pejabat. Amran tidak menjangkakan bahawa hari itu hari pertama dia akan memengang sejumlah wang hasil dari titik peluhnya. alangkah gembiranya Amran. jari jemarinya terketar-ketar memengang pen untuk menandatangani slip tersebut.
" wow, RM3200! aku harus memberikan sesuatu untuk mereka." mereka yang dimaksudkan adalah adik beradiknya yang sudah menanti di rumah.
Amran pulang dengan barang yang pebuh 1 bonet kereta. pelbagai barangan untuk adik-adiknya. tidak lupa juga untuk ibu dan ayahnya.belum hilang penat lelahnya membawa barangan tersebut, satu suara dari belakang berbunyi.
" Buat apa beli set pinggan mangkuk ni?membazir je.kat dapur tu belambak lagi."
ALLAHHU AKHBAR.....luluhnya hati seorang anak mendengar kata-kata itu keluar dari seorang ibu yang dicintainya.
sedangkan didalam perjalanan pulang tadi, matanya ingin sekali melihat senyuman terukir dibibir wanita itu. telinganya ingin sekali mendengar sekalung ucapan terima kasih dari wanita istimewa itu. tanpa memandang wajah-wajah isi rumah tersebut, Amran terus berlalu ke kamar. hatinya begitu hamcur..tiada balasan yang diminta. hanya sebagai tanda kasih sayangnya terhadap keluarga.
hati lelakinya menangis semahunya. perasaan kecewa dan hampanya tidak terbendung lagi.apakan daya lagi..Amran tidak mampu menambat hati ibunya itu. sudah habis ikhtiar dilakukan olehnya.
" Ya Allah, Kau permudahkanlah jalan hidupku." mungkin ini yang terakhir hadiah dari seorang anak...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan