Isi Hati Seorang Gadis Biasa

Ahad, 14 Mac 2010

I'm back..!!!

fuhhh...
setelah sekian lama akhirnya aku memegang juga laptop kesayangan aku ni.
agak lama ditinggalkan kerana kesibukkan kerja,
juga kerana masalah yang menimpa.
dah lama tak update blog ni.
semakin banyak juga aku nak ceritakan tentang apa yang terjadi selama aku menghilang.
ramai yg tanya
kenapa?
dimana?
siapa?
bila?
semuanya aku akan jawab satu per satu.
3 bulan aku mengambil masa untuk bersendirian.
jauh dari keluarga.
jauh dari kawan-kawan.
dan dari situ juga aku berjumpa kawan-kawan yg baru.
pengalaman baruku itu mengajarku erti kehidupan.

sekarang, aku sudah menginjak usia 18 tahun.
takut rasanya melihat angka tersebut.
dan tahun ini aku berazam untuk meninggalkan kisah silamku
yang mengajarku 1001 pengajaran.
ada perkara yang boleh dikongsikan.
ada perkara juga yang menjadi rahsia peribadiku.
mungkin pada usia begini,
ayah sudah mula berfikiran terbuka denganku.
tapi aku masih lagi takut untuk berterus terang.

hurrmmm....
aku tiada kakak atau abang yang mampu berkongsi pengalaman.
aku hanya mampu menyimpannya didalam hati.
namun kecanggihan teknologi masa kini
membuatkan aku menjadikan blog ini sebagai perantara.
juga mungkin sebagai diari.
diari yang aku boleh simpan kenangan
dan membacanya di kemudian hari.

so, kepada yang 'tersinggah' di blog ini,
yang 'terbaca' luahan hati ini,
ringan-ringankanlah jari jemari anda untuk meninggalkan komen.
mungkin komen anda itu mampu membantu saya
dalam menyelesaikan konflik hati ini.

sehingga bertemu lagi didalam post yang seterusnya.
selamat tinggal

Tiada ulasan:

Catat Ulasan