Isi Hati Seorang Gadis Biasa

Jumaat, 4 Disember 2009

adik-adikku

selamat pagi, Malaysia.

saya tidak tahu adakah hari ini adalah hari penting tetapi perangai adik-adik saya pada hari ini cukup menghairankan saya. memandangkan hari ini hujan sepanjang hari, saya sambung tidur semula setelah solat subuh. fuhh...lena dibuatnya. suasana sejuk menjadikan saya terlewat bangun.

hari ini, tanggal 04 Disember 2009. urm..birthday saya? sudah lepas! hari pertama saya sebagai remaja lepasan spm? lagi 4 hari lar... so? apakah hari ini?

saya menghadap komputer terlebih dahulu untuk melihat perkembangan blog yang saya ikuti iaitu doktorisandra.blogspot.com. tetapi ia menghampakan. sengaja saya berlengah untuk mandi. adik-adik pula semua sudah bersiap sedia.

sebagai seorang anak sulung, sudah pasti tanggungjawab saya amatlah berat. memandangkan ibu bapa saya ke Kuala Lumpur atas urusan kerja, kami adik beradik tinggal dibawah pengawasan saya. sedang saya leka bermain 'game', saya terdengar bunyi pinggan mangkuk. saya tidak mengendahkannya kerana saya fikiran adik saya sedang bersarapan. namun bunyi tersebut terus terusan berbunyi.

adik perempuan saya baru sahaja selesai mandi. saya tidak mengendahkannya kerana dia selalu menyendiri. tiba-tiba satu pertanyaan terpacul dimulutnya.
" Kakak dah makan?" saya kehairanan. adik saya ini tidak pernah bertanya untuk kami bersarapan bersama-sama. masa kualiti kami sekeluarga hanyalah ketika makan malam. lantas saya meninjau sekitar rumah. segalanya sudah rapi. lantai sudah dibersihkan. saya melangkah lagi. jari ini gatal untuk memegang perabot-perabot. licin! sebesar hama pun tiada. saya terus ke bahagian dapur. saya melihat kerusi pendek berwarna hijau ditepi sinki. saya hairan! setahu saya kerusi ini berada dibilik saya malam tadi. saya sendiri yang meletakkannya. tiba-tiba adik lelaki saya muncul.
" kakak tak payah buat. pergi duduk depan...." saya seakan tidak percaya. kanak-kanak berusia 9 tahun itu mencuci semua pinggan mangkuk yang bersepah sejak malam tadi. kemudian muncul pula adik perempuan saya dari belakang.
" dik, kalau dah penat panggil kakak ya?" kehadiran saya sedikitpun tidak memberi kesan. saya ke bilik kedua rumah kecil kami itu. saya melihat adik perempuan bongsu saya sedang melipat kain-kain baju jemuran semalam. saya kembali ke dapur untuk membantu.
" kak, pinggan ni degil sangat la. banyak betul minyak dia." adik lelaki saya mengeluh.
" memanglah..kan pinggan tu ada majerin buat kek semalam?" saya membalas.
" ...sini biar kakak buat." saya membantu adik lelaki saya itu. saya baru sahaja mahu mengambil span, adik perempuan saya terpacul sebelah saya. entah dari mana.
" Biar Faten buat, kak." span ditangan dirampas olehnya. saya kembali ke ruang tamu. perasaan ini masih belum luput dihati. hairan saya dengan tingkah laku adik-adik saya.

pagi itu, saya hanya duduk di depan tv tanpa perlu melakukan kerja-kerja seharian. walau apa pun niat mereka hari itu, saya bersyukur kerana dikurniakan adik-adik yang baik seperti mereka. Faten, Fitri dan Mellysha, kak long berterima kasih kerana membantu kak long dalam menjalankan tanggungjawab ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan