Isi Hati Seorang Gadis Biasa

Isnin, 15 Mac 2010

M E N C A R I K E T E N A N G A N

Aku masih lagi dalam misi mencari ketenangan.
walaupun dah 3 bulan aku menyepi.
namun ketenangan itu belum lagi kunjung tiba.
apa yang aku cari??
apa yang aku mahukan??
tidak dinafikan aku lebih tenang sekarang
namun masih ada yang mengganggu fikiran.
benak hati ini masih dipaut oleh sesuatu.

ya Allah, Engkau yang Maha Kuasa. Engkau yang Maha Pengasih. Engkaulah Maha Penyayang.
kepadaMu aku meminta.
KepadaMu aku bersujud.
ampunkanlah dosa-dosaku,
dosa kedua ibu bapaku,
guru-guruku,
kedua nendaku,
serta muslimin dan muslimat.

panjangkanlah usia kami semua.
murahkanlah rezeki keluarga kami.
berikanlah keberkatan dalam hidup ini.

Ya Allah, kepadaMu aku meminta. KepadaMu aku bersujud.
berikanlah kekuatan hati dan ingatanku ini.
berikanlah hidayahMu kepadaku.
tambahkanlah iman dihati ini.
peliharalah akhlak ku ini.
selamatkanlah perjalananku didunia mahupun akhirat.

Ya Allah. sesungguhnya Kau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
berikanlah kebahagiaan kepada *****.
tunjukkanlah dirinya jalan yang benar.
sesungguhnya dia adalah insan yang pernah menjadi seseorang dalam diri ini.
amin ya rabbal alamin.....

hanya kepada Allah tuhan yang satu tempatku mengadu. tiada yang lain melainkan dirinya. mungkin tiada siapa yang dapat memahami hati ini namun aku berserah segalanya pada Yang Esa. semoga hati ini lebih tenang setelah aku mendekatiNya. amin...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan