Isi Hati Seorang Gadis Biasa

Ahad, 27 September 2009

SELAMAT HARI RAYA

SELAMAT HARIRAYA

Hari raya Aidilfitri pada tahun ini jatuh pada tanggal 20 September 2009.
kebetulan... tarikh lahir saya pula adalah 19 September. genaplah 17 tahun saya bergelar manusia. alhamdulillah... saya rasakan hidup saya bertambah baik dari hari-hari sebelumnya. mungkin ini semua berkat doa yang tidak putus-putus didalam solat.

Pada hari raya pertama, saya sekeluarga beraya dirumah sebelah bapa iaitu di Bera. nampaknya tiada yang istimewa kerana kami sekeluarga sahaja yang balik berhari raya pada hari raya pertama. namun saya bersyukur kerana berpeluang bertemu dengan keluarga Mak Long saya yang telah lama berhijrah ke Perak.

Pada petang harinya, kami sekeluarga berangkat ke Negeri Sembilan iaitu keluarga sebelah ibu. sampai sahaja disana, dari dalam kereta lagi kami sudah rasakan kemeriahannya. maklumlah, adik beradik ibu sahaja sudah 10 orang. dengan anak-anak mereka lagi. sepupu saya juga seramai 60 orang dan dianggarkan nenek saya sudahpun mempunyai 20 orang cicit.hahaaa...ramaikan??sebentar lagi saya akan paparkan gambar2 kami disana.Seperti keluarga yang lain, kami akan berkumpul untuk bersarapan pagi dan ke masjid bersama-sama. tetapi ada yang lainnya tentang keluarga kami.hahaaa...nk tahu?? teruskan membaca...

kami sekeluarga akan berkumpul diruang tamu dengan pakaian raya masing2. (itu memang satu sunat kan?) Selepas itu, pak long selaku ketua keluarga ( atok telah 17 tahun meninggal dunia) akan memberi 'taklimat' pagi raya untuk kami. kemudian, untuk mendapat berkat dariNya, kami semua akan bertahlil untuk arwah moyang, arwah atok, arwah pak ungga, arwah mak ngah, dan arwah abang ejam. ini memang sudah menjadi tradisi kami sekeluarga dan menjadi amalan pada setiap selepas solat maghrib. di bawah ini adalah setengah gambaran pada pagi tersebut. maaf kerana hanya ada beberapa keping kerana saya tidak dibenarkan mengambil gambar ketika sedang bertahlil bagi menghormati kemuliaannya.(sebenarnya pak long dah angkat senapang.hahaaa)





Okay...selepas itu kami akan bersalam-salaman memohon kemaafan. saat-saat manis itu tidak dapat saya rakamkan kerana terlalu ramai sehingga tidak menang tangan dibuatnya. saya juga sibuk mengutip duit raya. hahaaa.....

Pada keesokkan harinya, kami akan melawat saudara mara terdekat. ada juga yang saya baru kenal. inilah hikmah Hari Raya. kita akan bertemu dengan mereka yang jauh dan yang tidak kita sangka-sangka. alih-alih, kawan satu sekolah kita itu adalah sepupu jauh kita. siapa tahu?? kuasa Tuhan...

then, pada hari raya ketiga pula saya ingin ceritakan tentang rumah terbuka kami pada hari ketiga. urm..tiada apa yang special seperti tahun lepas.kerana tahun ini kami hanya tunggu tukang-tukang masak datang. (dlm erti kata lain, katering lar..) 

menu pada tahun ini adalah

* nasi beriyani 

*satay

*dan hidangan2 raya yang wajib sprti lemang,ketupat dll

dibawah ini adalah gambar kemeriahan pada petangnya.


yang tengah cekak pinggang tu, mak teh saya.sibuk menjemput para tetamu.tengoklah tu... penuh dengan belon2.dah macam party hari jadi pon ada.


 kami juga menampilkan penyanyi2 jemputan khas dr keluarga kami sendiri. hahaaa.... set karaoke disediakan bagi memeriahkan majlis.




inilah dj nya. memang tak kering gusi dibuatnya.


dalam masa yang sama, para sepupu saya sedang berseronok mandi sungai yang terletak betul-betul didepan rumah nenek.lihatlah kemeriahannya...




dan ini pula adalah 'pengawas-pengawas' yang mengawasi kanak-kanak ini.
bak kata mereka..."BESAR PUNYAAAA...."



Yang sedang buat aksi bina badan itu adalah Abang Ja. dia adalah sepupu yang paling lawak sekali dalam keluarga kami. sempoi habesss....=)



ini sahaja buat masa in kerana waktu sedang mengejar saya. insyaAllah...di lain hari, saya akan berkongsi beberapa lagi kenangan-kenangan hidup saya yang ingin saya abadikan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan