Isi Hati Seorang Gadis Biasa

Jumaat, 28 Disember 2012

Penutup 2012

Hari ini adalah Jumaat yang terakhir didalam tahun 2012. Satu tahun yang penuh dengan suka duka kehidupan. Tahun 2012 ini adalah tahun dimana saya merasa pengalaman bekerja, tahun saya berjauhan dengan keluarga. Tak pernah lagi seumur hidup saya tak berjumpa keluarga selama sebulan. Tapi bila saya menjalani latihan industri di Pekan, Pahang barulah saya rasa. Hambek kau! Dulu duduk Kuantan seminggu sekali balik rumah. Sekarang! 

Bukan tak boleh balik tapi kekangan waktu. Bekerja 6 hari seminggu, 8 pagi hingga 5 petang. Tapi sebenarnya bukan 5 petang pun, kadang-kadang lewat malam. Semuanya kerana kerja. Paling lewat saya pernah balik pukul 1 pagi TANPA MAKAN MALAM! Dugaan betul bila jauh dengan keluarga. Esok paginya pula ada mesyuarat tapak yang perlu dihadiri. Mata pun rabak. Badan pun letih. Jadi, mesyuarat pun tak dapat nak focus. Tak apalah kan, itu lah namanya pengalaman. 

Pengalaman bekerja dengan UDA HOLDINGS memang satu pengalaman yang susah nak lupa. Mereka sangat tegas. Mereka sangat 'lurus'. Hehehe... Straight sebenarnya. Semua benda kena ikut 'spec'. Lambat sikit memang kena lah. 

Kakitangan UDA HOLDINGS pula berbilang bangsa. Untuk projek resort yang kami bina ni, kebanyakkan kakitangan mereka Mat Saleh. Nak tak nak kenalah berbahasa Inggeris dengan mereka. Tapi saya seronok. Sebab memang cita-cita saya nak menjadi Guru Bahasa Inggeris tapi mungkin bukan rezeki saya dekat situ. So, here we are! Engineering!

Disebabkan sudah terbiasa dengan Mat-mat Saleh ni, secara automatiknya saya akan berbahasa Inggeris bila berurusan dengan bangsa lain terutama Chinese. Aunty saloon rambut pun saya TERcakap omputih. TERSHASHUL! Tapi nasib baik lah diorang faham kan. Bukan nak berlagak atau menunjuk tapi semua tu semulajadi. Orang kata PENGALAMAN MEMATANGKAN SESEORANG. Pengalaman bekerja dengan UDA HOLDINGS yang jadikan saya macam ni. Walau apapun, saya berterima kasih pada semua kakitangan UDA HOLDINGS, Pembinaan SPPH Sdn Bhd dan semua sub-kontraktor yang banyak membantu saya semasa menjalani Latihan Industri. 

Mungkin 10 tahun lagi, saya akan balik ke Pekan semula dan boleh berbangga dengan diri sendiri kerana disebalik kemegahan Ancasa Resort and Spa, Pekan, ada sumbangan saya didalamnya. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan