Isi Hati Seorang Gadis Biasa

Khamis, 7 Jun 2012

Penat lelah! Entah kenapa kaki menggigil-gigil, jantung berdebar-debar. Sejak dari pagi, ada sahaja yang tak kena. Baru semalam mimpikan si dia. Orang kata, roh saya dan si dia bertemu. Mengapa bukan dia alam realiti? Mengapa mesti didalam mimpi? Adakah saya masih belum mampu menerima hakikat pemergian si dia? "Ya Allah, tabahkanlah hati hambaMu ini. Aku mohon untuk jalani hidup seperti dulu."

Begitu jelas perasaan takut dan trauma ini sehingga saya menitiskan air mata. Apabila kenderaan yang saya pandu dekat dengan kenderaan didepan, jantung saya mula berdegup laju. Fikiran mula terbayang targedi yang lepas. Sehingga saya terpaksa memberhentikan kenderaan ditepi jalan. Terlalu sebak. Terlalu takut! Tak pernah saya rasakan perasaan takut ketika si dia masih lagi bersama saya. Sedikitpun tidak! Saya rasa selamat disisi si dia namun tidak sekarang.

Saya tak mampu hidup tanpa dia. Walaupun setahun sudah. Segala yang saya lakukan terasa begitu sukar. Tak semudah dan tak seindah ketika si dia masih ada. "Ya Allah, aku tak mampu menanggung dugaan ini. Mengapa aku yang Kau pilih?"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan