Isi Hati Seorang Gadis Biasa

Selasa, 30 Ogos 2011

SALAM AIDILFITRI

Akhirnya tibalah 1 Syawal yang kita semua nanti-nantikan. Sebulan kita menahan lapar dan dahaga, menahan nafsu dan sebagainya. Tapi saya rasa bukan hanya pada Ramdhan sahaja kita perlu menahan nafsu tetapi bulan-bulan yang berikutnya juga. Nafsu memberli belah, nafsu makan dan sebagainya.

Sekarang jam menunjukkan angka 3.28 pagi dan saya masih berjaga. Saya tak tahu bagaimana dengan hari saya siangnya. Berbagai perasaan yang hadir. Pada malam raya, saya sengaja mem'busy' kan diri supaya saya tidak kelihatan sedih lagi dengan apa yang terjadi. Tambahan pula ini kali pertama saya menyambut Aidilfitri dirumah sendiri. Pasti banyak kenangan yang tidak boleh dilupakan apabila berada di bandar kelahiran saya dan si dia ini.

Saya sendiri tidak tahu apa isi yang akan saya ceritakan. Mungkin hanya dengan ucapan. Namun pada entri kelmarin telahpun saya berikan.

Malam raya dirumah sendiri tidaklah terlalu 'buruk' seperti yang disangka. Nasib baik ada mak dan abah angkat saya disini. Abang dan kakak pun ada sekali. Bertambah meriah dengan kehadiran anak-anak mereka yang sememangnya 'becok'.

Selepas berbuka puasa, saya terus ke bandar untuk persiapan terakhir. Namun sebenarnya lebih kepada mahu 'terserempak' dengan adik beradik si dia. Siapa tahu ada yang perlu saya tahu dari mereka? Sesudah pulang dari bandar, adik beradik yang lain sedang membakar lemang dan mengacau dodol. Saya terlepas peluang untuk melihatnya dari mula. Namun pengalaman seperti ini amat berharga buat saya. Dapatlah juga saya melupakan apa yang telah terjadi beberapa bulan ini yang begitu menyeksa jiwa saya. Semoga esok menjadi salah satu hari yang bahagia buat kami sekeluarga juga.

Ya Allah, Kau Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Aku bersyukur atas segala nikmat ini. Kau ambil dia namun Kau masih memberi aku senyuman dengan mereka yang menyayangiku. Semperna hari yang mulia ini, aku mohon Kau tempatkanlah dia dikalangan muslimat yang Kau redhai. Amin..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan