Isi Hati Seorang Gadis Biasa

Isnin, 20 Jun 2011

Kalaulah Dulu...

Semuanya bermula dengan perkataan KALAULAH...

mak cik cakap,
"KALAULAH mak cik tak halau dia dulu,
mesti arwah tak hidup susah macam ni."

kakak cakap,
"KALAULAH akak percaya apa arwah cakap dulu,
mesti arwah tak merajuk bawa diri jauh dari kami."

adik cakap,
" KALAULAH adik tak selalu cari gaduh dengan arwah dulu,
mesti kita dah bahagia hidup satu keluarga."

abang cakap,
" KALAULAH kita bersabar sikit dengan arwah,
mesti arwah ada dengan kita lagi sekarang."

Semuanya KALAU! Tapi dah terlambat. Dia dah jauh pergi tinggalkan kita semua. Kenapa baru sekarang kita sedar betapa pentingnya dia dalam hidup kita?

Bila dia dah pergi, timbullah semua cerita baik-baik tentang dia.

mak cik cakap,
" DULU, arwah memang anak yang taat. Apa mak cik cakap, semua arwah ikut."

kakak cakap,
" DULU, arwah yang paling banyak buat kita ketawa. Arwah memang lawak."

adik cakap,
" DULU, arwah yang selalu tolong kalau mak tak cukup duit. Arwah usaha cari kerja untuk dapatkan duit bagi pada mak."

abang cakap,
" DULU, kalau abang gaduh dengan orang kampung, arwah yang datang selamatkan abang."

Sayang, baru semua orang sedar betapa pentingnya kita menghargai orang. Tapi dah terlambat! Saya yang paling terasa kehilangan awak, sayang. Susah senang kita bersama. Selepas mereka buang awak, mereka langsung tak ambil peduli tentang awak. Tapi saya masih disamping awak. Masa awak merempat tidur dekat masjid, awak tak makan seminggu, jatuh bangun awak, semuanya bersama linangan air mata saya.

Sekarang mereka semua boleh berbangga dengan usaha awak, sayang. Apa yang awak buat selama mereka buang awak. Saya terkejut bila kakak awak beritahu jumlah duit simpanan awak. Saya tak sangka banyak sampai macam tu. Patutlah senang-senang je awak tunaikan segala impian saya. Walau awak berdendam macam mana pun, awak masukkan duit dalam akaun mak awak kan? Saya tahu awak sayangkan mereka. Cuma disebabkan mereka buang awak dulu, awak merajuk sampai 7 tahun tak balik kampung. Tapi mereka tetap darah daging awak, sayang. Saya tahu, saya dah macam orang gila. Bercakap sorang-sorang. Macam lah awak dengar apa saya cakap ni. Tapi ini cuma luahan hati saya. Pada siapa lagi saya nak bercerita? Awak sorang je yang faham saya. Awak sorang je yang tahu macam mana nak lembutkan hati saya. Awak sorang je yang tahu apa yang saya nak. Perkara yang paling saya rindukan ialah bila awak tanya, " Sayang, awak nak tahu tak?" Bila saya tanya apa, awak cakap, " Saya sayang awak sangat-sangat. Saya tak boleh bayangkan hidup tanpa awak." Saat itu yang selalu buat saya menangis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan