Isi Hati Seorang Gadis Biasa

Isnin, 6 Jun 2011

Apa lagi yang mampu kita lakukan??

Malam ini adalah malam yang ku rasakan terlalu sunyi. Melihat jam di dinding yang menunjukkan jam 1.00 pagi masih belum mampu untuk membuatkan mata ini terlena.
Hati ini mula terbit rasa rindu padanya. Rasa yang sudah lama tidak muncul. Seperti mahu menangis namun itu bukan penyelesaiannya. Melihat cincin di jari manis ini membuatkan hati bertambah sebak. Setahun 4 bulan berlalu! Namun masih belum dapat memadamkan perasaan ini terhadapnya. Kehadiran insan lain juga tidak mampu menggantikan tempatnya. Terbayang-bayang senyuman yang selalu dikuntumkan itu. Terngiang-ngiang suara hilai tawanya itu. Diri ini juga rindukan kejutan yang sering dilakukan untukku. Potret wajahku, bunga ros merah, puisi cinta yang diungkap dan nyanyian ikhlas dengan lirik yang penuh bermakna juga doa mempermudahkan jodoh kami juga sering diulang-ulang.
Namun kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan