saya lari dari keriuhan kota dan kekusutan kepala yang dialami sejak beberapa bulan yang lepas. selepas satu dan satu dugaan menimpa saya.
saya teringat pada seseorang yang begitu saya hormati. Puan Azni!
guru Bahasa Melayu yang mengajar saya ketika di SMK Abu Bakar satu ketika dahulu.
" Inilah dugaan mereka yang mahu berjaya!"
kata-kata itulah yang dilemparkan kepada saya ketika sedang tersungkur dengan dugaanNya.
saya mencari ketenangan minda.
saya mencari kedamaian jiwa.
saya mencari dimana tercampaknya hidayah Allah.
setahun saya mendiamkan diri.
saya menyembunyikan luka dihati.
saya cuba tersenyum.
tiada siapa yang tahu apa yang tersirat dihati ini.
hari ini, angin Pantai Cherating ini akan membawa segala kedukaan ini pergi jauh dari hidup ini.
biarlah ia hanya menjadi satu titik sejarah dalam hidup ini
yang tidak mahu lagi aku ingatkan.
sang bayu, sampaikan salam ini kepadanya.
relakanlah membawa titik hitam dalam hidupku ini pergi bersamamu.
benarkan aku membina hidup yang baru.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan