Isi Hati Seorang Gadis Biasa

Sabtu, 3 April 2010

Bila Rasa Ini Rasamu

Alangkah indah bila rasa ini rasamu jua,
berada disisi selalu,
berkongsi kasih dan perasaan selalu,
tempatku mengadu selalu.

tak mampu aku bayangkan,
mimpi ini diluar jangkauan,
semakin aku mahu mengenali,
semakin kabur dari ingatan.

mengapa sering bermain difikiran?
hati tak tenang,
fikiran melayang.

andai masih rasa ini rasamu jua,
pasti lapang rasa didada ini.

hendakku luah,
tapi pada siapa?
hendakku tangis,
tiada berguna.

derita ku tanggung seorang diri,
mengharap kasih pada yang sudi.
namun kepercayaan bukan milikku kini,
keegoaan mula menguasai diri.

Oh Tuhan,
tabahkan diri ini.
kuatkan semangat ini.
tingkatkanlah iman ini.

aku insan yang lemah,
tiada yang mampu aku lakukan tanpa izinMu.
semoga aku seteguh karang dilautan,
tidak akan terhapus walau badai menimpa.

3 ulasan:

  1. pandanglah selalu ke langit,
    dan luahkanlah segala kata hatimu,
    renunglah selalu ke dasar bumi,
    dan renungilah segala isi hatimu,

    sesungguhnya,
    DIA akan selalu mendengarnya,
    bersabarlah sahabatku, bersabarlah...

    BalasPadam
  2. terima kasih kerana sudi membaca.
    kelapangan masa anda itu amat dihargai

    BalasPadam