Isi Hati Seorang Gadis Biasa

Rabu, 17 Mac 2010

Dilema Seorang Anak

Aku akui...!!!
Aku semakin berputus asa kini. Apa yang terjadi dalam kehidupan seharianku kini dibayangi oleh dua wajah. wajah-wajah tersebut adalah wajah kedua ibu bapaku. aku tahu aku telah menghampakan mereka. namun apa lagi yang mampu aku lakukan? aku telah lakukan yang terbaik. mungkin ini bukan rezekiku...

ayah, kakak minta maaf. ayah terlalu baik untuk kakak sedangkan kakak dah banyak buat salah terhadap ayah. kakak selalu buat ayah risau. kakak selalu mengecewakan ayah. kadang-kadang kakak rasakan kakak tak layak mendapat bapa seperti ayah. tapi kakak pegang dengan prinsip "SEMUA YANG BERLAKU DIATAS MUKA BUMI INI MEMPUNYAI HIKMAH YANG TERSIRAT." Selama 18 tahun ni, ayah tak pernah lagi marah kakak. inikan pula memukul kakak. jentik jauh sekali. tapi selama 18 tahun ni, kakak dah buat macam-macam yang mengecilkan hati ayah. ayah, kalau ayah terbaca blog ni, kakak nak ayah tahu yang kakak terlalu sayangkan ayah. ayah adalah ayah yang terbaik didunia ini. kakak tak sanggup kehilangan ayah.

ibu, ibu adalah kawan terbaik yang pernah kakak jumpa selama 18 tahun ni. ibu memahami kakak dalam segala hal. ibu tahu apa yang terbaik untuk kakak. kakak terharu sangat bila ibu langsung tak marahkan kakak bila dapat keputusan yang kita semua tak sangka. ibu kabulkan segala permintaan kakak. sehinggakan kakak dah tak perlukan apa-apa lagi selagi ibu ada. kakak susah nak luahkan tapi semua ini lahir dari hati kakak.

Kesulitan hidup yang aku alami ini menjadikan aku lebih matang. setelah merasai sendiri pengalaman bekerja selepas tamat alam persekolahan, baru aku tahu betapa sukarnya mencari sesuap nasi. tambahan pula aku bekerja jauh dari keluarga tercinta. tapi yang paling mengembirakan aku adalah ketika pulang ke rumah dan menghabiskan duit untuk adik-adik tersayang. walaupun ketika itu dalam tangan aku hanya ada duit tiket bas. itu saja! bayangkan bagaimana aku hidup ketika itu. tapi keluarga aku tidak tahu hal ini. hahahaaa... aku puas! melihat senyuman adik-adik cukup membahagiakan aku.

kini, aku didalam dilema. harapan ibu bapaku adalah untuk melihat aku menggenggam segulung ijazah. namun dalam fikiran ini, aku mahu terus bekerja. bukan aku tidak mahu menyambung pelajaran, namun setelah melihat kesusahan ibu dan ayah mencari nafkah untuk kami, aku patahkan semangat itu. adik perempuanku akan menghadapi peperiksaan PMR tahun ini. pasti banyak peruntukkan untuknya. aku tidak mahu dia menjadi sepertiku. aku mahu menghantar dia ke kelas tuisyen kerana dulu aku tidak berpeluang kerana kesempitan hidup. mungkin hari ini kewangan keluarga kami sudah dikategorikan sebagai 'lega' namun aku tidak mahu membebankan mereka lagi untuk membiayai pelajaranku. aku rela musnahkan masa depanku demi adik-adik.

aku cuba meminta pendapat teman-temanku yang lain. sudah pasti jawapan mereka ialah mahu aku melanjutkan pelajaran. namun mereka tidak memahami masalah keluarga aku. masalah kesihatan yang dihadapi oleh ayah tahun lalu membuatkan aku sering tidak ke sekolah. bila didalam kelas pula, aku tidak dapat fokus bila mengenangkan ayah. aku berpendapat, apabila aku bekerja, aku dapat meringankan beban mereka. tambahan pula dalam sektor kerajaan, banyak kemudahan yang aku bakal miliki. namun bila aku lanjutkan pelajaran, belum tentu aku dapat institusi kerajaan. jika aku perlu melanjutkan pelajaran di institusi swasta, siapa yang akan menanggung segala perbelanjaan? memang benar kerajaan menyediakan PTPTN namun aku rasa itu hanya mencukupi perbelanjaan pelajaran. bagaimana pula dengan yang lain-lain??

Huhhh.... Aku dilema! Aku tidak tahu apa yang terbaik untuk diri sendiri....

2 ulasan:

  1. bicara apa yang ada pada suara hatimu?
    [bersedia dan bersabarlah selalu]

    BalasPadam
  2. thanks a lot..
    semoga saya seteguh karang.=)

    BalasPadam