Isi Hati Seorang Gadis Biasa

Rabu, 2 November 2011

Jika Dulu..

Memang hidup ini diluar jangkaan kita sebagai manusia biasa.
Jika semalam dia berada disamping kita, hari ini dia sudah tiada.
Jika semalam dia sering menelefon kita, hari ini dia sudah tidak boleh melakukannya.
Jika semalam dia menangis bersama kita, hari ini kita menangis kerana dia.

Semuanya sudah tersurat, bila dia akan pergi.
Tiada apa yang mampu kita lakukan lagi.
Hanya keredhaan sahaja yang mampu melenyapkan semua perasaan ini.

Biarkan mereka berkata sesuka hati mereka.
Mereka tidak tahu apa erti perpisahan.
Mereka tidak pernah hilang insan yang dikasihi.
Biarpun berbulan lamanya, si dia masih tetap dalam ingatan.

Walau seribu yang bernyawa datang sekalipun,
Belum tentu mereka mampu membuatkan kita melupakan si dia.
Tidak dapat kita menjangkakan masanya untuk melupakan.
Tetapi hanya masa sahaja yang mampu merubah segalanya.

Semua yang bernyawa pasti akan pergi.
Walaupun semua ini kejadian normal,
Namun siapa yang mampu menangung perpisahan kehilangan orang yang paling dikasihi?
Sekarang mereka tertawa melihat derita ini,
Kita lihat nanti bila saatnya tiba pada mereka yang ketawakan kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan