Isi Hati Seorang Gadis Biasa

Khamis, 8 September 2011

Rebah Dalam Kain Putih

Usai dari memberi salam, tangan diangkat memohon restu dariNya. " Ya Allah, Kau ampunilah segala dosa-dosaku. Dosa kedua ibubapaku, guru-guruku serta nenekku dikampung. Kau mudahkanlah rezeki kami sekeluarga. Kuatkanlah ingatanku untuk menimba ilmu. Terangkanlah hatiku. Ya Rabbi, Tambahkanlah imanku. Teguhkanlah pendirianku. Selamatkanlah aku dari kemurkaanMu. Ya Rahman, Tempatkanlah dia ditempat yang Kau redhai. Tenangkanlah jiwaku. Tenteramkanlah hatiku. Lupuskanlah dia dari ingatanku kerana ia menutup pintu hatiku." Kristal-kristal jernih mengalir tanpa saya sedari. Secara tiba-tiba jantung ini berdegup kencang. Entah apa yang tidak kena. Mungkin ada salah silap saya tanpa saya sedari. Terasa seperti saya mungkin tidak dapat melihat matahari esok. Saya rebah diatas sejadah yang masih terbentang. Airmata masih mengalir. Entah apa namanya perasaan itu. Dan ia masih menjadi ingauan sehingga ke hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan