Isi Hati Seorang Gadis Biasa

Ahad, 4 September 2011

Maaf! Saya belum bersedia.

Ramadhan kini telah meninggalkan kita.
Tidak siapa tahu adakah kita akan bertemunya lagi.
Kini Syawal menjelma. Kita bertemu setelah setahun diperantauan.
Pelbagai perasaan turut menjelma.

Dalam keriuhan dan kemeriahan itu,
Pelbagai pertanyaan ditujukan.
Ya! Saya baik-baik sahaja.
Ya! Dia telah pergi tinggalkan saya.
Ya! Segala yang kalian dengar semuanya benar belaka.

Tapi pernahkah kalian tahu apa yang ada dalam hati saya?
Saya masih tidak dapat menerima hakikat ini.
Saya rasakan baru semalam kami bersama.

Maaf, semua. Saya masih belum bersedia.
Kalian mungkin menganggap saya menjauhkan diri dari kalian.
Tapi percayalah. Saya cuba untuk kembali seperti dulu.
Saya cuba untuk bergurau senda seperti dulu, tapi saya kekok.
Saya cuba untuk menyembunyikan renungan ini, tapi saya tak bisa.
Untuk tersenyum, saya tak mampu.
Untuk ketawa, saya rasakan ia plastik.
Saya tak kuat.
Berilah saya masa untuk menempuh semua ini.
Mungkin kalian akan berjumpa dengan Maya yang dulu.
Doakan semuanya akan kembali seperti dulu.
Seperti Maya yang kalian kenal dulu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan